Wednesday, November 27, 2013

Mimpi Gila

Terkabur pandangku dek gentian memutih di udara
Bunyi hingar menusuk ke telinga
Aku berdiri ti tengah persta umah manusia
Riang dalam ramai tapi aku sendiri dalam kecewa
Dan di hujung sana di gigi pantai dia merenung sang suaria melabuh
Ku dapat lihat jelas tudung yang menutu mukamu separuh
Laksana potretmu yang lama tertaruh
Ingin ku melambaimu...tangan ku kaku
Jerit nama mu...kotak suara ku membatu
Lalu ku berlari sekuat kearah mu
Khalayak menongkak arus menolakku\\
Ku cuba lagi untuk tembusinya
Ahhh makin khalayak menongkak arus aku ke sana
Makin lama makin ramai, makin ramai makin lama
Pandangan ku pada dia semakin kabur
Waktu khalayak merenyok ku menyuruk akur
Kulihat kau berdiri umpama bertafakur
Ku cuba laungkan nama dia Peh.......tangan mereka menekup
Tertelan anak tekak terasa cekup
Takkala aku kini terperosok tak bermaya
Ku lihat dirinya berlalu sahaja
Tak memandang arah tuju ke mana
Tak mengendah aku yang terluka
ARGGGGGGGG  KENAPAAAAAAAAA?
Jeritan  mata terpejam menusuk segenap dewan
"Jangan menjerit En Azli. Makan ubat ini. Di hospital  permai ini tak boleh jerit-jerit"
Hospital permai? Ini hospital orang kurang siuman
Sudah gila rupanya aku