Thursday, November 21, 2013

Lubang Hitam

Ruang angkasa terbentang di minda
Aku sang penjelajah utama
Mencari hentian di situ si sana
Tak terjangkau luas semesta
Untuk mencari yang paling bersinar diantara kejora
Bagi hiasan hati yang merana

Nun di sana
Kulihat kejora mu bersinar nyata
Namun berlingkar lubang hitam durjana
Lubang hitam yang penuh dengan curiga
Tiap kali aku menghampirinya
Di tarik ku bagai menggila
Curiga yang bisa buat aku kecewa
Dan lupa segala yang indah tentang kejora
Aku tak sanggup, aku tak rela
Aku mahu yang indah-indah sahaja tentang dia

Lubang hitam durjana
Menghalang aku merapati kejora
Biar sahaja ku memuja mu tanpa kata
Kerana aku belum bersedia
Melawan kecewa menangkis curiga
Aku lemah...aku alpa