Monday, November 25, 2013

Kata Dua Sebuah Ultimatum

Hentakan semalam membangkitkan aku
Dari mimpi yang ku sangka indah tentang diri mu
Ya....kamu. Yang aku kenal dari hari lebaran lalu
Tak ku sangka ruang yang aku pinta dalam hatimu
Rupanya menyesakkan mu dengan fitnah pahit mengkudu
Sesungguhnya aku tidak tahu
Atau enggan ambil tahu
Samaada diri ini diperlu
Atau hanya batu kelikir kecil di bawah alas ranjang tidurmu
Menyucuk tidak sakit cuma tak selesa mengganggu
Jadi ini lah kata dua ku
Akuilah aku kau perlu
Atau aku akan berlalu bersama tulisan ku
Ditulis pada angin dan dihembus laju
Sehingga tersambut oleh tangan yang mahu