Sunday, November 24, 2013

Aku Mahu Seperti Dia Yang Kau Karang

Dalam tulisan mu dia kau sanjung
Membuatku cemburu muncung
Kalaulah dia itu aku yang kau hitung
Hidup kan terasa bebas laksana pepatung
Kan ku cubit pipimu yang berlesung
Dan mengatakan pada mu yang aku tak akan melencung
Mencitai mu sampai ke hujung
Dengan tiap nafas yang ber kunjung

Aku mahu kau karang aku seperti dia
Wujud laksana sang dewata bertahta
Walau aku ini hanyalah hama
Yang hanya menyesak kau di hari kerja
Dan mengejukkanmu di waktu lena
Apa yang terlayak karang untuk aku hanya
Bagaimana aku bukan lelaki yang kau damba

Apa yag aku dapat janji kau sekeping hati yang setia
Menuggu mu walau apa yang tersisa
Karanglah aku umpama dia
Lama-lama aku akan terlarut oleh masa