Monday, September 1, 2014

Biar

Dunia ku ini cukup sakit untuk dia
Biar....agar dia lupa
Aku tak mahu dia tahu segala
Tiap rasa yang penuh duka
Tiap keadaan yang berubah rupa
Tiap detik yang aku ingat pada dia
Biar....rasa ku ini padanya tiada guna
Hanyalah rungutan orang yang tak bersyukur kurnia
Lontaran suara orang yang tiada apa
Hidup sesumbang kera
Melukut di gantang tiada guna

Hari ini aku biar kau pergi
Kerana aku tak mahu meluka lagi
Tiada aku berdaya lagi
Ujian ini makin mencurah peri
Buntu otak beku hati
Lisan kelu tiada suara semi
Kau menang aku perlu di sini
Tapi biar lah kau pergi
Dari aku berterusan merobek tanpa henti