Sunday, September 7, 2014

Gadis Bergincu Merah

Dia lalu lagi
Dengan bibir bergincu merah terbakar
Membuat langkah ku melekat berakar
Semua padanya seperti yang aku gambar
Kemeja corak berkotak
Celana jeans memeluk batang betisnya
Kasut Converse berwarna merah crimsonnya
Kata ku dah tak berima
Seperti ayat-ayat aku terdahulu
Semua kerana dia
Buat aku hilang punca

Langkahnya menghampiri ku
Kian dekat...makin hampir
Kaca mata bingkai tebalnya makin kelihatan
Memeluk buku-buku kuliahnya
Melimpasi diriku
Terhulur senyumnya
Untuk aku
Hanya akuTelapak aku terawang
Mula berpisah dengan tanah
Rerama menggeletek isi perut
Dan dia erus berlalu
Makin kecil dari pandang
Lama-lama lenyap
Itulah kali terakhir aku melihatnya
Mungkin selepas hari ini
Dia mula cari jalan lain untuk kuliahnya
Takut barangkali
Atau dia tak mampu untuk cintaku???