Monday, September 1, 2014

5 Peringkat Kekosongan

Pengeluaran
Tiap apa yang ada sudah mula meninggalkan
Satu persatu tanpa ajaran
Ego membuak mahu lihat perkabaran
Fikir kuat sangat sangkaan
Bila sampai di akhiran
Sendiri rasa sendirian

Menunggu
Katanya tak mahu ganggu
Biarlah...kerana kau sangka kau diperlu
Akhirnya tiada siapa yang mahu
Sakit ini masih lagi terasa pilu ngilu
Kau tetap menunggu
Namun ego mu masih bertalu

Mengharap
Kini ego mu semakin terperap
Tiada lagi ruang untuk kau dakap
Waktu ini sudah terlalu lama untuk menyingkap
Tekanan kau dah tak mampu serap
Baru tersedar diri hanyalah sarap
Cinta sudah tak mampu digarap
Kasih sudah mengeluap
Tiada terbaki untuk kau turap

Merayu
Kini ego mu telah layu
Maruah telah hina setuju
Puas sudah lisan kau bersemu
Keliling sudah jemu
Tiada lagi mereka untuk dirimu
Rayu sepuas hingga hilang seru

Putus asa
Tiada apa yang harus kau bina
Runtuh semua kerana kau juga
Memilih untuk hidup dipuja
Kini sudah tiada apa
Rapatkan muncung dikepala
Tarik picu sahaja
Mungkin lepas ini  kau jadi wira
Ataupun sampah durjana

Kekosongan ini meragut satu lagi jiwa
Semua salah dia
Atau kita yang kurang peka?