Saturday, September 13, 2014

Luas Lautan

Kita adalah dua titis pada luas lautan
Wujud kerana ketentuan Tuhan
Masing mencari haluan
Dugaan demi dugaan
Hari mencukup bulan
Menjadikan kita lebih tahan
Walau hilang dalam badai pukulan
Tika jarak dalam berjauhan
Tahu aku masih dalam ingatan
Dalam meranduk tiap batasan
Dan kau....masik aku semat dalam kemasan

Hadirmu yang mencipta realiti kini
Menampakkan setiap lohong diri
Bersulam deruman angin sepi
Menunggu untuk terdampar di pepasir tepi
Aku masih mencari
Terus bertanya menafi
Hatiku tak sekeras karang-karang yang kau miliki
Atau secantik langit yang kau junjung tinggi
Lautan ini luas untuk aku renangi seorang diri
Ku terima setiap ketentuan Ilahi
Walau kita terus hilang tak berketemu lagi