Saturday, September 6, 2014

Percaya

Percayakah kau pada cinta yang setia?
Cinta yang wujud tanpa luka?
Tanpa sakit dan kecewa?
Mengharap semuanya istimewa
Pada berkeping cerita pura-pura
Percakapan yang sebalik suara
Lurus dan lengkok suaranya

Aku masih tidak percaya
Wujuh sebegitu rupa cinta
Bukan aku mudah kecewa
Tetapi kerana ini cinta manusia
Tiada permulaan sempurna
Hanya helah terhambur hina
Alasan untuk membenci rasa
Cambah cemburu yang masih buta
Tanpa tahu rasa curiga
Cinta itu besar isinya
Namun dipaksa untuk berpalsu cerita

Melihat dunia yang makin tua
Penuh dengan duka
Membuat aku makin kurang percaya
Sesama kita manusia masih berpunya cinta
Bila hanya benci tetonjol acara

Ya Tuhan
Sembuhkan derita dunia
Pasakkan harapan di hati kami sekalian hanba
Agar kami terus percaya
Kami masih layak untuk bercinta