Saturday, September 20, 2014

Walau Hanya Di Syurga

Kendiri yang makin merosot
Menjadi aku hanya mampu mengesot
Tubuh yang makin herot
Dan kau.....masih aku cuba bubut
Walau halang dunia datang berpuput
Namun hari-hari ku punya tarikh luput
Sampai masa akan ter henti semua seraput

Di dunia ini tak mungkin kita bersama
Walau tercuba sedaya upaya
Harapan yang tersauh dek mimpi ternyata
Mampukah aku kehilangan kau selamanya
Walau dalam dunia walau dibayang indah syurga

Saksikan aku wahai dunia
Aku mahu bersama dia selama
Berikan aku seperca dunia
Bagi aku mengikat cinta
Agar aku milik dirinya tiada dua
Melangkah bersama syurga anugerahNya
Aku tak pinta seluruh masa
Hanya seketika
Agar bersatu roh tanpa jasadnya
Walau hanya dalam syurga