Friday, September 12, 2014

Tak Tidur

Malam dingin terasa hangat
Fikiran ku berputar ligat
Bukan fikir hal sejagat
Cuma memikir apa yang baru ingat
Setelah lumpuh akibat qamar keparat

Aku teringat kata-kata kamu
Mahu aku berubah laku
Perkara yang aku tak mampu
Walau daya terkerah seribu

Dirimu telah ku rujuk malu
Memaksa apa yang kau tak mahu
Maafkan ku
Aku terlilit nafsu
Hingga kabur tumpu satu
Aku rela dihukum selalu
Dan aku akan beredar lalu
Anjing bercawat ekor......itulah aku