Friday, September 26, 2014

Mencari Cari Di Kota Paris

Terpinga di Taman Tuileries
Bersama kuntuman bunga di tangan kanan ku
Memandang Istana Louvre dari jauh
Kenapa aku buntu di kota cinta ini?
Seperti tak tahu urus diri
Mahu sahaja aku seru semangat Sang Napolean
Penakluk hebat manusia sekalian
Ku cuba cari di gerbang Arc de Triomphe du Carrousel
Mercu kejayaan tentera-tenteranya
Bagi membina sebuah negara
Berjalur tiga warna

Ku cuba meliar di tebing kanan Seine
Terpandang Notre Dame
Tempat sibongkok mencari teman
Tersorok kerana sifat-sifat umat pelik
Yang cinta cantik tapi menjelir pada jelik
Seketika tanpa ku sedar celik
Sudah tiba aku di Place de la Bastile
Dataran yang bersejarah
Tempat bermula sebuah revolusi
Mengubah dunia yang kita diami
Namun aku masih tercari
Kemurnian sebuah hati

Masih lagi aku tercari
Adakah harus ku pergi sampai ke Katakom
Mencari dirimu yang aku tak kenal hukum
Aku harus ke Champ de Mars
Mendetik hati ku
Aku harus ke sana

Minit berselang
Champ de Mars dalam pandang
Aku melihat susunan besi umpama sarang
Menara Eifel laksana sajak yang telah lama berkarang
Kulihat dirimu bermurung radang
Kau yang aku cari siang dan petang
Tangan mu ku genggam tanpa malu alang
"Telah lama aku mencari mu sayang".......................