Thursday, August 28, 2014

Mabuk

Terjaga dari pitam
Qamar ini telah menjalar seluruh tubuh hitam
Pandangan aku kelam
Suhu seperti demam
Tompokan isi perut di lantai tak terhadam
Pening berpusing terfikir macam-macam

Mabuk aku kerana dunia
Tak pernah bersapa tanya
Aku sendiri menghadapi segala
Tanpa dia....tanpa mereka
Pagi ini aku masih bernyawa
Esok mungkin qamar ini akan meragut nyawa