Thursday, August 7, 2014

Tumpas

Tumpas aku pada kalungan nafsu
Membuak rasa tak terkawal diri lesu
Bisikan yang menanam mahu
Kecundang sebuah benteng melawan laku
Lupa akan cintanya yang setia bertalu
Tak terhirau segala janji setia lafaz dulu
Semuanya dirasa kurang perlu
Hati yang tersauh buntu
Pada lautan terlepas rindu

Tumbangnya sebuah kubu
Cuba dipertahan segenap suku
Kini semuanya terlerai berderu
Tak dapat dijaga jitu

Tumpasnya malam itu
Adalah tamparan cinta terlafas dulu
Janji hanya tingal gema seru
Tiada apa lagi yang perlu