Sunday, August 17, 2014

Rambang Rawak

Wahai bintang tinggi
Bila dikau mahu jatuh kemari
Tanah pijak ku makin kontang tak terairi
Baring ini rehat atau mati
Lalu lalang insan tak amik perduli
Kalau terhalang dikuis ke tepi
Hakikat dunia zaman kini
Aku dan mereka hanya asing tak tercampuri

Wahai bulan berseri
Bila dikau mahu senyum kembali
Sudah lama bermuram tak berkuntum semi
Adakah kerana aku yang tak pandai menghargai
Tak menyapa mu berkian kali
Hati aku tetap mengingati
Tiap degup jantung denyutan nadi
Aku mahu rangkul dirimu jika kau kemari
Rasa ini tetap merindui

Wahai kuntum mawar wangi
Tersenyum tika aku kucup bau dikau berdiri
Ku tahan diri ku dari....
Memetik mu pisah dari tangkai berseri
Bukan aku takut tercalar duri
Cuma aku  rasa tak layak untuk berperi
Kau yang mekar mewangi hari
Aku...cuma hanya sebegini
Berjalan tiada tumpu beri
Tak layak setiap segi

Berfikir aku dalam rambang rawak
Entah betul....entah tidak
Mencerna lebih dari marak
Memikir kurang sebesar anak
Maafkan aku setiap awak
Ku sedar aku berselerak