Monday, August 11, 2014

Mereka Tidak Tahu

Siapalah aku di mata mereka
Hanyalah secebis perca hina
Hati yang penuh rasa
Jiwa yang penuh suka
Akhirannya terbiar begitu sahaja
Akibat ego yang asyik memaksa
Angkara pandangan yang asyik curiga
Biarlah tak berteman siapa
Asal aku tak menyakitkan jiwa

Biar semua ini terus menjadi tanda tanya
Tak mampu aku berdepan segala
Tiada beza
Tak mungkin ada
Cinta sahaja yang ada bersama
Pada Dia yang Esa
Biar mereka tak tahu
Asalkan Kau mengerti aku
Sebesar mana rasa rasa ku
Pada sekujur tubuh mulus
Mencintai aku dengan tulus
Tiada tergagal hanya lulus
Hatinya yang halus
Namun ini yang aku lakukan harus
Dunia ku ini kian haus
Sudah masa untuk kau kambus
Berjalanlah ke dalam kabus
Bahagiamu ada setelah kau tembut

Biarlah aku dengan tanda tanya ini
Biarkan mereka tidak tahu jadi
Aku tak mahu hidup menyakiti
Hati semua yang aku cintai