Diri usang tak berpenghuni
Itu yang aku mahukan
Nyah semua kamu...aku tak peduli
Derita ini biar aku seorang yang tangisi
Tak aku minta simpati
Biarkan aku begini
Kala tenang dan bersih
Ramai yang mahu berpaut kasih
Bila kotor dan jijik gagap fasih
Ramai yang akan menyisih
Namun sumua itu tidak perih
Aku lagi suka kalis pedih
Biar diri ini jadi sampah
Penuh dengan sumpah seranah
Luka ini biar bernanah
Lumat daging kena mamah
Tapi aku lagi senang..tak perlu ubah
Asal hidup tak penuh lintah
Menyedut zat sehingga punah
Pergilah cari tubuh yang lebih sasa
Bukan aku sampah yang tunggu binasa
Aku kini sudah rasa tak bisa
Bila kau putus harapan waja
Aku tak ada apa
Jangan suruh aku merupa
Aku hanya sampah hina
Tak mahu apa apa