Sunday, August 3, 2014

Tina Dan Dunia

Mereka berkejaran mensasar dirimu wahai Tina
Compang camping tubuhmu dicarik liar mereka
Manusia iblIS dan sekutu puak buAS punya angkara
Menolak tubuh kering mu ke tanah asa
Tanpa peduli tiap ciciran air mata
Tubuhmu diperkosa rakus dan hina
Batang lehermu dijilat bernafsu hawa
Tiada lagi carik pakaian, semua habis dinoda

Seisi dunia hanya memandang diam sahaja
Ada yang hanya mampu menitis air mata
Tak kurang juga yang bertepuk berkata padan muka
Berlalu tanpa rasa pun ada juga
Berfikir dunia mu Tina tiada kena mengena
Tika kau Tina diperlaku sedemikian rupa
Dara mu dirodok tak berbelas rasa
Dikerja iblIS dan buAS tanpa simpati harga

Di suatu sudut tetangga
Kelihatan manusia berkumpul meluahkan rasa
Menyatakan perpaduan kepada mu Tina
Bertempik sorak membuat gempita
Mengambil gambar umpama temasya
Bagi diangkat ke media massa untuk mendapat suka
Namun tak sedikit pun terbit gerun iblIS dan buAS rasa
Dari terus meratah tubuh mu yang kian tak terdaya

Namun dapat di lihat kau cuba meronta-ronta
Menanda masih ada kekuatan untuk melawan paksa
Takkala dunia hanya berdiri dan diam sahaja
Bangkit Tina....hanya kau yang dapat membela
Sekujur tubuh yang mula dilupa massa

Viva PalesTINA!!!!!!!!!!