Tuesday, August 19, 2014

Renung Ke Mata mu

Rindu yang berlingkar
Rasa cinta yang hadir disebalik ingkar
Dunia terus beredar
Laksana roda yang berputar
Semua ini tak akan pudar
Telah terbenam ke dasar
Rangkul erat pada akar

Izinkan aku hilang ke dalam matamu
Sepasang sinar kekaca yang aku tunggu
Biar lemas dalam perasaan cumbu
Itu yang aku mahu
Lemas dalam cinta rindu
Sepasang mata yang ku damba selalu
Tertutup kucup kerana malu
Bukalah sayang matamu yang ayu
Aku di sini ada selalu
Kan ku beri apa yang kau perlu
Asalkan kau biar aku renung matamu bertalu talu
Aku mahu diri ini milikmu........