Sunday, December 21, 2014

Permulaan

Masa untuk tutup
Aku sudah tak mampu menjaga litup
Perasaan yang makin berserabut
Terkabur oleh awan hitam berkabut-kabut
Mengelamun dek segala hingar yang kalut

Ini sebuah lagi permulaan
Terbina atas sebuah pengahiran
Berakhir kerana sombong fikiran
Bermula kerana kematangan yang masih diinginkan
Cinta yang masih belum lagi kehabisan
Masih segar walau penuh parut menyakitkan

Ini permulaan baru
Agar terbuang segala haru
Membina sebuah yang lebih jitu
Biar lah pada masa lalu
Hidup telah tertulis umpama lagu
Moga masa akan tunjukkan dia apa yang ragu
Atau tunjukkan apa yang ragu

Permulaan ini terbina
Di atas tamatnya permulaan yang terdahulu