Tuesday, December 9, 2014

Kasih Nafisah

Tiap malam aku merindui mu
Tiap siang aku menjejaki mu
Wahai anakanda Kasih Nafisah
Tiada mu membuat aku kesah
Mimpikan mu buat aku resah
Adakah kau merindui seorang ayah
Atau ketiadaan aku kau tak pernah kisah
Melihat kau dari jauh
Memanggil mu dalam bisu seranah
Aku tak akan sempurna untuk mu Kasih Nafisah
Sebatang tubuh yang kau tak ambil jengah
Rindu ini semakin tidak terjamah
Kerana aku perlu kan dirimu sayang
Lebih dari kau perlu seinci yang aku tayang
Membesarlah sayang menjadi permata
Sebagaiman erti pada tiap nama
Membesarlah menjadi diri mu yang kau suka
Bukan diri yang orang lain minta-minta
Aku mungkin tak dapat turut serta
Kerana aku hanya mampu melihat dari kejauhan sahaja