Sunday, December 28, 2014

Kenapa Mesti Aku

Kenapa mesti aku
Kau letakkan segala salahlaku
Aku tahu tiada sempurnanya aku
Salah sini dan situ
Tapi apa hak mu untuk berkata sebegitu
Melontar suara seperti guruh bertalu
Akan ku telan tanpa sipu
Takkan aku pantulkan semuanya pada mu
Cukuplah segala hina dan keji
Aku sudah tak terdaya lagi
Beralah umpama minyak pada api
Memarak lagi dan lagi

Kenapa mesti aku
Ya hanya ada pada aku
Ku halalkan segala yang kau ragu
Ku ampun segala salah yang kau beri dulu
masukkan kedalam surga ini tanya silu
Dan aku.....kan terbenam di neraka
Dan tiada ku rancang bawa kau bersama
Kerana semua ini harus aku
Aku yang kau hina
Aku yang kau keji
Tak mengapa...aku sudah biasa
Ajal ku pun dah tak lama