Sunday, December 14, 2014

Harapan

Harapan yang sering membuat kita kecewa
Menangis tapa henti hela
Adalah sebaik-baik kurnia
Tersembunyi disebalik nyata
Supaya kita tidak berdusta
Bahawa kita ini tiada apa-apa
Kalau hidup tanpaNya
Usah salahkan harapan
Lihat apa yang dihadapan
Kecewa itu santapan harian
Agar kita menjadi sebaik kejadian
Selenggara dunia untuk kebaikan
Tanamkanlah harapan
Moga waris kita hidup dalam keselesaan
Binakan
Biarkan
Jadikan
Terus berharap
Mimpi digarap
Agar tak tertiarap
Agar kita dapat berlari sederap
Menunju harapan mahligai hinggap