Saturday, December 27, 2014

Hidup Berkali Kali

Bukan aku takut kematian
Hingga mahu hidup tanpa tepian
Berkali-kali dijelma semula
Selepas kematian yang sia
Peluang untuk lalui sekali lagi
Dalam bentuk tulisan sepi
Membutuh aku untuk menulis tanpa henti
Mendamba aku terbang tanpa sakti

Hidup ini adalah himpunan kekecewaan
Dalam menuju satu kebahagian
Aku telah tempuh beribu kematian
Dan dilalui semula dengan penulisan
Ilham yang sentiasa hidup menjalar
Meresap jiwa ku untuk terus malar
Biar tubuh ini berbalar
Asal rasa tak henti untuk belajar