Thursday, December 18, 2014

Derhaka

Bersuara aku bukan kerana derhaka
Bukan mahu memandai cuba
Tetapi memberi buah pandangan bila diminta
Agar dapat ditimbang isi dan rasa
Untuk dibidas di dalam fakta

Maaf kerana tiada sempurna
Aku hanya mahu mencuba
Dan bila datang kecewa
Biar aku pinggirkan jumpa
Bukan mahu derhaka
Tetapi tak mahu menambah dosa
Cukup sudah memendam rasa
Cukup sudang mengekang masa
Aku bukan mahu derhaka
Tetapi hanya mahu membawa dan membina
Hidup tanpa rasa kecewa
Biarkan aku sahaja
Aku takkan lupa