Saturday, December 13, 2014

Mencinta Dalam Lepas

Hari-hari yang aku terpaksa akur
Bahawa kau kini tiada lagi seperti aur
Tinggal aku tebing yang tiada siur
Tinggal menanti dalam tinggal
Mencinta dalam lepas
Melembut hati yang keras
Menerima hakikat yang menghentam keras
Alasan yang tak masuk asas
Biar sakit ini berlalu deras
Aku mahu ia mati lekas
Walau aku tak mampu lupakan dengan tegas

Pergilah sayang aku rela
Melihat kau meniti jalan bahagia
Walau bukan aku yang reka
Setelah aku habis cuba
Telah aku pertaruh segala pura
Telah aku landaskan segala rasa
Pada tiap bidang jiwa
Masa untuk memutus kata
Mencari hari yang akan lagi menyempurna
Bukan aku lepas dengan begitu sahaja
Aku cuma mahu kau bahagia
Dan kini...aku lepaskan semua