Sunday, December 28, 2014

Putus

Wahai kamu
Ya kamu
Yang berlesung pipit itu
Aku kita tidak bermampu
Ucapkan selamat pagi seperti dulu
Terpadam sudah nombor-nombor yang menghubung
Tinggal kenangan dirimu yang masih aku agung
Kau yang memulakan sebuah rasa tanpa hujung

Kini putus semua
Aku dan kau mungkin sudah tiada
Memang rasa mu kini tak sama
Seperti waktu kita mula-mula jumpa
Dan juga saat satu-satunya pertemuan kita
Kau menegur aku ada belakang
Dan ku toleh melihat lesung pipit yang terpampang
Indah dan melapang
Jiwa merangsang
Pertemuan yang seketika
Selepas aku berkali-kali takut mencuba

Wahai kamu
Segala apa yang telah aku melaku
Maafkan aku
Dan apa yang telah datang dari aku
Simpanlah ia untuk kenangan lalu
Mungkin kini tiada lagi selamat pagi dari ku
Atau ucapan berhari minggu
Ada bahagia yang sentiasa ada untuk diri mu
Doa ku untuk mu
Agar kau berbahagia membelah rindu