Tuesday, December 9, 2014

Hidup Tanpa Mati

Kita boleh hidup selamanya
Walau mati itu adalah janjiNya
Kita boleh terus hisup selamanya
Bila hidup disulam usaha
Menanam benih kebaikan di pohon kehidupan dunia
Tak perlu takbur dan alpa
Kerana kita akan diingat selamanya
Walau bergenerasi muncul tiba
Kita akan terus diingat tanpa sengaja
Kerana kebaikan itu milik kita selamanya
Ilmu yang bermanafaat untuk manusia
Amal jariah yang membantu insan segala
Kita boleh hidup selamanya
Walau ada yang kata itu di luar upaya