Monday, February 10, 2014

Wangi

Semerbak sanubari
Waktu kau ku ingin bertahta dihati
Rasa yang ku mahu lagi dan lagi
Rasa yang memanaskan jiwa yang menanti
Dan kini aku masih lagi mencari
Adakah ada seperti mu wahai sang puteri
Yang telah memberi beripu inspirasi
Agar aku tonjolkan diri ini
Tidak terkepung dalam marhaen diri
Hatimu yang sentiasa berbau wangi
Menusuk segenap rongga bau sepi

Wangi mengindah seri
Itulah diri mu pada terbitan akli
Satu mimpi yang tak mungkin realiti
Sebabnya aku tahu kau tahu sendiri
Walau hatiku ini telah ku biar kosong menanti
Itu dirimu datang mengisi
Biarlah walau dalam mimpi ngeri
Kau tetap ku pandang langsana bidadari
Yang kan ku jaga laksana Sang Bidasari
Walau hati wangimu tidak akan kau beri
Padaku Sang penipu bersiri

Wangi mu semerbak
Laksana peluru tabur yang menembak
Menghancurkan hati ku selambak
Khalayak ketawa terbahak - bahak
Kerana aku....yang busuk seperti kahak
Wangimu akan teruk menjebak