Monday, February 10, 2014

Amaran Lima Minit

Sudah cukup masa
Dia terpaksa pergi juga
Sudah habis waktu berjumpa
Walau aku tahu kau masih mahu dia
Tapi dia sudah pergi berlalu sana
Kau sudah tak dapat kejar dia
Sudah terlalu jauh dia pergi lupa
Kau yang tak sabar punya gara
Waktu dia senang bersapa
Kau mahu miliki dia semua
Dia tak murahan seperti yang kau sangka
Cermin dulu dirimu yang sedih rupa
Hidup melukut duka
Ayat karangan mu hanya kata-kata hampa
Kerana tak dapat miliki dia
Kalau dapat kau akan ambil mudah sahaja
Lima minit mu kini sudah sampai nyata
Biarkan dia sahaja
Izin tuhan dia akan patah semula
Paling kurang memusing pandang muka

Dan takkala yang berputus asa
Berlalu tanpa kata
Dia memusing muka
Mengharap kau kejari dia
Tapi kau sudah berlalu hampa
Izin tuhan....ada yang lebih baik direncanaNya................. agaknya