Saturday, February 8, 2014

Aku Mahu Kau Menulis

Ku tak mungkin dapat bersua dengan mu lagi
Mahupun bercakap berjam seperti waktu diri ku tinggi
Tiap malam ku menunggu kau coretan kata hati
Aku ku tahu diri mu kini
Dalam bahagia atau merungsing mimpi
Aku tetap mahu tahu apa yang bermain dalam diri
Yang dulu pernah hanpir ku genggam membelai paksi

Aku mahu kau menulis lagi
Coretkan apa yang terbuku impi
Jangan biar ia bersarang membengkak hati
Aku mahu menduga apa yang kau rasai
Kerana arah lain semua telah pergi
Dan tak mampu aku gamit kembali
Mungkin aku yang penakut tiada keyakinan diri
Atau aku yang takut di buang ketepi
Oleh dirimu yang selama ini memberi inspirasi
Aku tak mahu ini sumua pudar hilang berlari
Kau harus menulis lagi
Agar dirimu terus membelai ku sang pemimpi
Yang berterusan mengharap kau menjadi realiti