Friday, February 21, 2014

Putuskan Keputusan

Sudah lama bermain kata
Tak terdengar hanya dibaca
Umpama perang tarik menyua
Tak habis-habis mahu putuskan sahaja
Putuskan kepututsan sahaja
Kalau ragu jangan mencuba
Kalau malu jangan muncul jasadnya
Sorok biar ia busuk membusung rasa
Kala terketar tutur kata
Jangan harap khalayak mahu minat baca
Kalau hanya pura-pura
Pura-pura yang merupa
Hingga manusia hilang dan lupa
Putuskan sahaja apa yang mahu dikata
Mahu aku atau dia?