Tuesday, February 4, 2014

Mereka

Mereka
Tak henti bergelak tawa
Di keluarkan telefon gengamnya
Berkerumun mengadap kamera
Masa untuk muka sendiri di ketik
Ada yang memandang getik
Ada yang tak hirau satu detik
Hilai mereka terus bergema
Memecah segala sunyi yang ada
Merakam aksi pelbagai gaya
Tak hirau segala jegilan yang ada
Mereka peduli apa
Dunia ini milik mereka
Ini masa untuk bersuka ria
Tak perlu berpura-pura
Laksana kepuraan itu penuh dosa
Tak hirau dosa asal tak hipokrit melata
Betulkah ini atau aku yang kurang membaca?