Tuesday, February 4, 2014

Cinta Tanpa Alasan

Walau beza langit dan bumi
Tapi hati kita satu
Berdegup seiring
Berdenyut kencang bila kita bersama
Aku tak kira apa beza kita
Yang penting dimana kita sama
Mulut manusia ada yang durjana
Berkata umpama umpama tiada tarikh luput
Aku dan dia tak pernah gentar takut
Jangan cuba bermain ugut
Cuba mengaitkan yang tak pernah berpaut

Kan ku mencintai mu tanpa alasan turut
Kerna selama ini hati ini aku ikut
Tak mahu lagi aku menjadi sang pengecut
Tunggu berharap pada angin datang berpuput-puput
Membawa cintaku yang sedia melukut
Untukmu sayang cinta ini tak akan surut
Walau taufan datang bersama ribut
Cinta ku tanpa alasan dan pengikut
Hanya hati yang berkata....kau aku salute