Friday, February 21, 2014

Kera Yang Di Hutan

Kera Itu Jelek Tapi Kasihan
Mungkin sebab itu sibuk orang susukan
Di kala mata-mata ramai menyaksikan
Kera yang ntah mana  datang dari hutan
Dimanja berlebihan
Kerana apa kalian?
Kerana ada yang sampingan
Hutan itu kan jauh berasingan
Tika sibuk dalam perjalanan
Sibuk canang mahu beri bantuan
Moga di puji dermawan
Harap diangkat menjadi negarawan
Silap haribulan....jadi angkasawan
Makan sate dan rendang di atas awan
Namun hakikat yang ramai tidak ketahuan
Anak di rumah merengek pinta belas kasihan
Nyaris mati kelaparan
Susu habis dibimbit untuk perjalanan
Yang tinggal hanya tempe dan sambal belacan
Mana boleh di beri makan
Lalu ditogok saja air hujan
Kembong perut sakan
Menangis lagi macam orang gian
Kerana apa kalian?
Kerana anak tiada mata-mata ramai beri perhatian
Katanya itu hal dalaman
Dunia tak akan beri perhatian
Hinggalah mati dalam jagaan
Wujudkan suruhanjaya tapi ahlinya rakan-rakan
Agar mulut-mulut yang baru mula bising tertelan
Tertelan dek ego kemanusiaan
Untunglaaaaaa kera di hutan