Monday, February 17, 2014

Membiarkan Kau Pergi

Bukannya kerana aku tak lagi cinta
Sayang ku pada mu seperti yang aku cerita
Cuma ku berdoa agar ia akan lebh utuh dengan masa
Bagi dirimu untuk memikir dan mencerna
Aku akan tetap menunggu tanpa nista
Walau penat dan menusuk rongga
Hadirmu yang ku anggap teristimewa
Memulih segala luka dan bisa

Ini lah yang terbaik
Cinta ku padamu tak akan culas terbit
Umpama tika mula rasa ini membibit
Waktu dirimu mahu ku cubit
Perpisahan ini ku utus segala tabik
Kerana ku yakin kau tak akan biarkan diri ku terus sakit

Ku biar kau pergi
Namu mataku tetap mengawasi
Tiap saat tiap hari
Kerana telah ku serahkan padamu hati
Berdegup hanya untukmu sang puteri