Thursday, July 3, 2014

Tulisan Di Ruang Sepi

Tulisan ini tiada siapa yang peduli
Tergantung di ruangan sepi
Merintih mahu dinanti
Menunggu untuk dipuja lagi
Menanti kau untuk kembali
Kau yang terhias bak puteri
Makin lama makin jauhi
Pergi dari semua ini

Biar ruang ini begini
Tak mampu untuk dijulang tinggi
Tinggi membuat membangga diri
Walau dirinya masih dirasa perlu lagi
Kerana dia adalah inspirasi
Tertulis beratus tulisan disini
Bakal menjana beribu lagi nanti

Walau ruang ini terbiar sepi
Menunggu jengah datang kembali
Tulisan ini akan terus tanpa henti
Inspirasi hanya datang sekali
Dan ianya adalah kamu wahai si manis sekali