Sunday, July 6, 2014

Rindu

Bila sudah lama tidak ketemu
Hati mula terdendang rindu
Tak jemu hati berkata mahu
Berprasangka yang terbaik laku
Mungkin sibuk dengan tugas dalam waktu
Bersabar kata hati yang terus tunggu
Telah dia ungkap diri ini penting baginya
Apa lagi yang perlu diragu cara
Jangan dibiar dia rungsing fikir di minda
Nanti terjejas segala kerja
Tergangu segala tumpu fokus menyala

Aku cuma rindu padamu
Bukan rindu untuk bercumbu
Tapi rindu akan kehadiran waktu dulu -dulu
Kala kau membuat aku teristimewa perlu
Menyuntik segala semangat dan seru

Dalam banyak persamaan kita
Satu perbezaan yang menjauhkan muka
Aku bukan apa-apa
Cuma musafir yang rindu berduka
Pada saat-saat yang dulu aku tidak harga
Terburu laksana kau tiada harga
Membuat kau kini tak lagi bersama

Wahai kamu
Ternyata aku rindu
Pada tiam senyummu
Pada setiap selamat malam mu
Menanti selamat pagi mu
Lesung pipit mu

Aku sedar keberadaan aku selama
Aku faham apa yang aku ada
Jangan singkir aku dari keberadaan ada
Kau masih aku perlu
Kau masih aku rindu