Sunday, July 6, 2014

Jelitaku

Adanya aku semata untuk dirimu
Memberi yang terbaik sedaya mampu
Kaulah jelitaku
Lincah dan manja dalam setiap laku
Degilmu tak tumpah seperti aku
Tahu aja apa yang dimahu
Tak berganjak selagi tidak direstu

Mari kesini mari dekat
Mahu aku peluk tubuh mu erat-erat
Letak seketika masalah yang berat
Maaf.....ada kalanya aku memang suka sakat
Biarkan kau jerit tangis sekuat -kuat

Hanya kamu wahai jelitaku
Penyambung kehidupan dan legasi suku
Aku tak mampu ada selamanya untuk mu
Perpisahan itu pasti bila tiba waktu
Jaga dirimu dan juga jaga ibu
Jika Dia memanggilku tanpa bau