Friday, July 25, 2014

Sepi Yang Menusuk

Dingin pagi ini bagai menyucuk-nyucuk
Menyentap tiap batang-batang rusuk
Jiwa seperti dirasuk
Hati terpijak terperosok
Tak terdaya lagi berdiri susuk

Sepi ini seperti mengarut
Mengelar pada hati yang makin berparut
Mengharap tangis menurut
Bagi jalani hidup tak berhati perut
Rasa yang mengundang kecut
Memeluk aku dengan rasa takut
Berbisik "kau hanya untuk ku wahai pengecut"
"Tiada siapa bersama kau menurut"
"Hanya aku yang selama ini mencengkam selimut"
"Haha kau aku selama bersama ku wahai pak turut"

Bebaskan aku dari cengkaman ini
Tak mahu hidup sebegini
Dibendung rasa takut untuk melalaui
Aku mahu dia lagi
Bukan niat untuk pergi
Tetapi tidak tahu apa yang perlu lagi
Namun selagi hidup ini masih dicengkam sepi
Tak kemana lagi aku mampu pergi
Bisikannya kuat disetiap hari
Bisik yang berbau najis tahi
Membuat aku hidup tiada berhati