Tuesday, July 22, 2014

Kuarantin

Hambir sebulan tidak berhubung
Hubungan yang pasti aku mahu sambung
Tetapi aku tak mahu biar petir bersabung
Tak mahu rasa dihempap gunung
Hati terbuang ke dalam gaung
Lalu aku kuarantinkan diri ku dari kau naung

Ku padam segala nombormu
Segala cara hubung ke kamu
Bukan aku sudah benci untuk melaku
Atau sudah dikejar rasa jemu
Cuma aku tak mahu dirimu tergangu
Dalam kesibukan tugasan hari-hari seru
Itulah aku seperti yang kau tak sedia tahu
Terlalu banyak menafsir nahu
Tapi degil laksana kerasnya batu

Telah ku kuarantinkan diriku
Dari terus menegur kata kelu
Harapan ku kau kembali menegur seru
Kerana hampir setahun berkenal bahu
Kau akan tetap ku rindu
Dan segala yang pernah aku lafaz dulu
Tak pernah aku aku jiwa yang seserasi kamu
Jangan cuba nafi sebab aku tahu
Aku yang degil luku
Menunggu tanpa melodi dan laku
Berharap purnama kan jumpa puterinya yang ayu...................