Thursday, July 3, 2014

Kasihan Kuala berLumpur

Gempar hari ini
Semua mata menumpu pada jalan mu kini
Tanah mendap bumi retak serbi
Ramai datang mengata mengeji
Tak kurang pula yang menunding jari
Semua yang ada terpalit tahi
Celupar tanpa perut dan hati

Inilah nasib mu wahai Kuala berLumpur
Salah sedikit, semua mahu tempur
Laksana hati seperti mahu gempur
Hati perasaan bercampur - campur
Mahu jadi terbaik tetapi dituduh sayur
Tutur yang terhambur bukan sekadar tegur

Kuala berLumpur bersabarlah
Kau bukanlah masalah
Bila manusia asyik berbalah
Tanggungjawab digalas alah alah
Asalkan perut kenyang sudahlah
Biar nafsu puas serakah
Hanya mereka yang bisa memerintah
Lain duduk bisu menelaah
Para lemah ditindas melihat telatah
Sabarlah Kuala berLumpur....berjuang tanpa mengalah