Sunday, October 12, 2014

Ugut Rasa

Kau rasa kau boleh jerut aku?
Jadi hamba jadi pemangsa laku
Memang hati ku laksana kekaca kalkatu
Rapuh dan mudah meragu
Perasaan ini bukan untuk kau cengkam salur nafasnya
Rasa ini bukan untuk kau ugut segala paksa
Aku mengerti dalam tak mengerti rasa
Adakah ini cara kau mencinta
Jadikan hati ku tebusan tanpa masa
Tiap detik memikir untuk melupa
Tetapi yang hadir hanya curiga

Lepaskan aku dari rasa ini
Akan ku terus hidup ini hingga tiba mati
Biar seorang biar sendiri
Apa yang tinggal lagi?
Hanya sekeping hati
Yang tak terdaya melawan tinggi
Meranduk pada kekeruhan sendiri
Berpeluh pada sinar mentari kelu tari
Alihkan muncung dari rasa ini
Jangan kau ugut tarik picunya
Biar hanya jasad ku sahaja mati
Rasa ini akan bertebaran abadi
Bebas dari kokongan nadi
Rasa ini abadi
Setelah kau perlaku umpama abdi
Lepaskan aku...dan aku akan lepaskan kau tanpa dengki