Tuesday, October 7, 2014

Benci

Benci
Mengajar kita tinggi diri
Melihat dari tanah tinggi
Tanpa rasa tanah di kaki

Benci
Bila kita sanggup putus dua ikatan nadi
Terjalin seperti saranan Nabi
Bila habis tiga hari
Kau bukan dari lingkunganNya lagi

Benci
Bila kita enggan terima apa yang tak diketahui
Menjauh dari apa yang tak selesa rasmi
Semua mahu dibasmi
Kerana mereka tidak lahir seperti mana kita jadi

Benci
Bila kemaafan gagal fungsi
Kasih tidak menjadi
Tidak acuh mula melingkari
Membusuk sekala peranan hari

Benci...racun merosak tanpa sedari