Tuesday, October 21, 2014

Mula Semula

Bila roboh harapan kita
Kita berkeliaran mencari sisa
Kita mencari apa yang masih boleh diguna
Agar kita boleh mula membina
Hasrat kita untuk memula semula
Kita kebumi segala duka
Kita semai sekalian suka
Moga bercambah menjadi pepohon untuk kita berteduh seketika

Kita masih ada sesama kita
Untuk kita bina kembali harapan lama
Yang tertangguh kerana kita kurang peka
Terpisah kerana kita sibuk dunia
Hingga retak kita masih tak sedar ada
Hingga roboh apa yang kita sangka kita bina
Yang kita sangka dalam pura pura
Indah yang kita sangka rupanya mimpi buruk rupanya

Kini kita di dataran robohnya segala
Tukul keazaman telah kita bawa
Kita bina yang baru demi dia
Agar satu hari kita dapat lihat dia pula membina
Semua harapan yang kita tanam padanya
Namun kini masa untuk kita
Bina semua
Mula semula