Thursday, November 14, 2013

Waktu Kau Sapa Dengan Cinta

Pagi Tadi
Waktu aku sibuk ke sana kemari
Kau sapa betapa kau mencintai
Diriku kau amat hargai
Dengan segala denyut nadi
Bahawa aku yang bertahta dihati

Hatiku termanggu sepi
Apakah ini realiti dalam mimpi
Ayat cintamu ku semat semadi
Menjadi pembakar semangat jati
Kau dan aku kini
Selamanya sehati
Aku akan selamanya disini
Harap dikau....selamanya begini