Thursday, May 29, 2014

Tutup Mata

Mata  masih terbuka
Cuba pejam tapi enggan lena
Teringat peristiwa petang durjana
Aku kelu dikandangan kura
Tak terkata walau sepatah kata
Aku yang berhempas sedekad rasa
Semua musnah kerana yang lain kecut kemaluan mereka
Ujian ini bertimpa -timpa
Atau balasan dan bala
Angkara dosa-dosa lama
Masih tak terampun lupa
Khifarah yang aku sangka
Makin membrat luka

Pejamlah wahai mata
Aku mahu rehat lupa semua
Sering kau memutar memori muka
Mendengar segala kata-kata
Sudah.....sudah... aku mahu lena
Biarkan semua melupa
Semua sudah berlaku tanpa duga
Bila dibiar sendiri sedemikian rupa
Aku sudah tiada guna
Menunggu tutupan mata yang selama
Mungkin selepas itu aku makin dicinta
Dan dirindu didamba segala
Wahai lah mata
Tutup lah sekara ya????

Monday, May 26, 2014

Tengku Adil & Diandra Arjunaidi - Bulan & Matahari [Official Audio]





Jatuh cinta dengan lagu ini. Tetapi kenapa tiada di radio?? Pls bring XFM back .



Sang Bulan, kau menerangi malam

Buat aku berdansa

Aku ingin berjatuh cinta



Senyumanmu oh Sang Matahari

Menggembirakan hati

Selalu disinari cah’ya



Namun haruskah kita melawan alam

Untuk bersama



Bagaikan bulan dan matahari

Bila kan kita bertemu lagi

Haruskah ku menunggukan gerhana



Bagaikan bulan dan matahari

Satu pada petang dan pagi

Dan satu pada waktu tidur lena



Sang Bulan tanpamu tiada ombak

Dan malam tetap gelap

Tuk yang sedang mencari arah



Kehadiranmu Sang Matahari

Memberi hidup erti

Kepada semua di sini



Namun haruskah kita melawan alam

Untuk bersama



Bagaikan bulan dan matahari

Bila kan kita bertemu lagi

Haruskah ku menunggukan gerhana



Bagaikan bulan dan matahari

Satu pada petang dan pagi

Dan satu pada waktu tidur lena



Bulan dan Matahari

Bulan dan Matahari


Dekat Tetapi Ternyata Jauh

Harapan yang berkecai kini
Menamat harapan berjuta hati
Sudah sekian lama menanti
Pada harapan yang seolah pasti
Menggunung sudah mimpi
Agar termakbul segala yang dihajati
Tapi musnah tak berperi hati
Pada masa rasa seperti ia dekat menjadi
Maki jauh ia berlari
Meninggal realiti
Cuai mengingati

Jangan genggam pada yang tak pasti
Dakaplah apa yang meniti kini
Peluanh mungkin tak akan datang kembali
Tika ia dekat menghampiri
Rangkul ia tanpa lali
Buai ia sebelum tangis terjadi
Memecah segala bisu dan tuli
Hanya tergantug pada bebenang tali
Tali yang bernama Ilahi
Setelah padaMU aku kembali
Tinggallah segala onak duri
Dekat hampir menjadi
Jauh rupanya ia mahu pergi

Friday, May 23, 2014

Usah Stres

Beban berbukit kau pikul
Aku tahu kau tak penah lelah
Aku tau kau kuat
Aku tahu kau boleh buat
Usah stres sangat teman
Tulisan hampa mu makin mendepan
Laksana sudah tak mampu kau tampan
Tak seperti tulisan mu dulu yang memberi semangat
Dulu sering sahaja kau buat
Memberi aku kekuatan dan sengat
Mengejar segala cita yang hangat

Usah stres sangat
Senyum sedikit walau kau rasa kelat
Dalam diam ianya ubat
Menjangkit semua yang datang dekat
Tulikan telinga pada yang asyik mengata kuat
Tong kosong cakap banyak tapi kurang buat
Ulas yang jangan kau biar lekat
Hati mu ku tahu bersemangant juara
Melayar hidup tanpa leka
Memikul mereka yang kau cinta
Tanpa pinta balasan rupa

Bingkai semula lihat
Agar yang terlihat hanya yang hebat hebat
Yang cakap lebat kau biar mereka hambat
Kaki jangan biar tertambat
Nanti langkah jadi lambat
Walau lelah bertukar penat
Jangan stres sangat
Senyum sedikit...lesung pipit mu, aku mahu pikat
Walau pandang tak lagi dekat

Thursday, May 22, 2014

Stay Together For The Kids





Ku kumpul segala kekuatan

Ku tumpukan pada yang baik

Buka hati diam kan perasaan

Untuk mu Kasih gemilang

Untuk mu Kasih terjulang





"Stay Together For The Kids"



it's hard to wake up, when the shades have been pulled shut

This house is haunted, it's so pathetic, it makes no sense at all

I'm ripe with things to say, the words rot and fall away

What stupid poem could fix this home, I'd read it every day



So here's your holiday,

hope you enjoy it this time, you gave it all away

it was mine, so when you're dead and gone

will you remember this night, twenty years now lost,

it's not right.



Their anger hurts my ears, been running strong for seven years

Rather then fix the problems, they never solve them, it makes no sense at all

I see them everyday, we get along so why can't they?

If this is what he wants, and it's what she wants, then why is there so much pain?



So here's your holiday,

hope you enjoy it this time, you gave it all away.

it was mine, so when you're dead and gone

will you remember this night, twenty years now lost,

it's not right.



So here's your holiday,

hope you enjoy it this time, you gave it all away.

It was mine, so when your dead and gone,

will you remember this night, twenty years now lost?

it's not right

it's not right

it's not right

it's not right


Tumbuh

Tumbuh melata dibumi
Menjalar menghitung hari
Bukannya parasit yang menghirup segala rezeki
Hanya mahu mencari sinar mentari
Agar dapat terus menjalar pergi
Terjumpa pautan tinggi
Rasa ingin pula mendaki
Agar lebih dapat sinar mentari pagi
Tapi jagan risau wahai pautan
Tumbuhnya tidak meninjak lawan
Atau menggangu kawan
Melingkar penuh sopan
Walau ada kalanya melampau sempadan
Itu bukan tindak yang disengajakan
Hanya terlupa batasan
Biarkan ia melingkar terus ke atasan
Lambat laun bila masanya sudah kesampaian
Keliling atas bersiap tangis sebuah kematian

Wednesday, May 21, 2014

Monolog Buka Pintu

Tok Tok Tok
Assalammualikum
Tok Tok Tok
Assalammualikum
Aku tahu kau ada di dalam
Tadi aku lihat kau tersenyum geram
Macam panggil aku untuk lepaskan dendam
Kenapa kunci pintu ini?
Bukankah kau mahu aku datang
Tersenyum bila ku sapa memanjang
Kalau tak suka aku datang
Beritahu sahaja tanpa larang
Tak la aku ketuk pintu rumah ini lagi
Susuk tubuh aku boleh aku bawa pergi
Tak ketuk pintu ini berkali kali
Sampai sakit semua jari
Hilai tawa mu dapat aku dengari
Mungkin kau saja suka menggaru hati
Sengaja diri ku mahu kau uji
Atau aku yang syok sendiri
Suka terbang melangit tinggi
Eh...tengok melalut aku pergi
Tok Tok Tok
Assalammualikum
Tok Tok Tok
Assalammualikum
Bukak la pintu ini cepat
Tiba-tiba....pintu pun terbuka............................................



Sunday, May 18, 2014

Aman RA - #PANTUN100KERAT





Why I'm sharing  this video. No idea....hahahahaha



#PANTUN100KERAT ini ingin aku tujukan,

kepada sesiapa yang rasa dia takde tujuan,

yang masih tercari-cari kefungsi kewujudan,

janji dengar cukup, tak perlu persetujuan,

tapi kalau nak angkat tangan, angkat tinggi-tinggi!



Angkat tangan tak bererti tanda serah diri,

tapi angkat tangan dengan satu niat dalam hati,

ku angkat tangan tuk capai cita-cita ya Rabbi,



Beri yang terbaik, ku pinta beri yang terbaik,

sebab dah lama dah ku rasa hidupku dah macam taek,

otakku fikir Just Do It macam slogan Nike,

so kalau nasib ku berubah yo! itu berita baik,

pasal semalam aku lapar harap esok aku kenyang,

tapi bila apa perlu, cukup aku susah diri,

tak goyang time susah, cuma royan time senang,

sebab time tu lah, aku perasan aku lupa diri,

dalam itu aku fikir apa asal usul aku, dan apa motif nyawa ini dalam tubuh aku,

si IQ tinggi aku tengok cuba kutuk aku, si IQ rendah cuba jadi apa musuh aku, ahh! Boleh pergi mampos!



Dengan jujur aku jurus satu persatu, aku kena pada musuh aku,

modal aku cuma siku dan lutut aku, so kalau tersungkur bro, cuba belajar tunjuk malu,



Beza aku dan engkau, aku lain macam punya jantan,

bukan fighter cuma lain macam punya baran,

so jangan buat perangai, lain macam punya kawan,

bukan kau sorang je ada Lain Macam Punya Kawan,



Separa genius separa lagi aku sewel,

pale otak ku berpusing-pusing macam piring prewel,

namun beban dibahu kian lama kian berat,

situasi sekeliling kian lama kian tenat,

wahyu diperlukan wahyu diberikan,

kini aku menafsir setiap maksud pengertian,

aku bukannya Nabi bila berpuisi, cuma ingin isi hatiku ini berisi,





Bila aku R.A.P, aku lain punya liga,

bukan divisi satu atau dua atau tiga,

bukan artis Astro ataupun Media Prima,

dan bukannya artis  Kartel ataupun Qarma,

ini mesej untuk setiap ejen booking yang masih tak kenal aku siapa lagi,

mungkin lain macam aku MC, bila aku MC MC lain MC,

baik letak jawatan takut nanti, ada yang perlukan rawatan rapi,

kalau tak pun ada yang tak sedar diri, konon mancis lawan senjata api, Cis!



Satu das dua das tiga das pecut,

Tiga dan dua dan satu dan pecut,



Masuk Muzik Muzik aku taknak 5 minit, ku tukar jadi konsert semua nyanyi sekali lirik,

dan maafkan aku kalau tangan ku mengamuk, dan jari hantuku menjelma tanda dah dirasuk,

punca dan akibat, punca dan akibat, aku tak takut mati, aku cuma takut akhirat,

dah macam macam cara aku cuba untuk lihat duniawi ni yang penuh ilusi dan muslihat,

dan tiba tiba ketujuh tujuh cakra kus lari, diterangi 7 spektrum warna pelangi,

visi 2020 bila aku memerhati, erti sebenar hidup ini sebelum mati,

hid hid hidup ini sebelum mati!


Aduhai Yang Tak Bernama

Kata mu umpama kau segak bergaya
Namun berani mu terlonggok pada sampah meloya
Mari berdepan kalau mahu jadi jaguh acara
Kata yang memang tak kena
Membuat dia senyap tanpa kata
Kata yang aku mahu damba
Jagan berbicara tentang padan muka
Jika rupa mu pun kau tak mahu sua
Jangan takut kena kata
Kata itu cantik seri berbahasa
Walau yang diutara itu caci belaka
Hidup ini biar kita berjudi
Walau jatuh kita bangkit kembali
Aduhai kau yang tiada bernama
Mungkin kau punya gaya
Tetapi aku punya rasa
Bukan aku yang lebih berhak untuk dia
Tapi aku hanya insan yang ingin di cuba

Lagu Diriku

Denyut jantungku adalah gendang
Berdegup menandakan lagu hatiku berdendang
Hembusan seruling nafas bersahutan panjang
Petik jemari umpama gitar remang
Membawa aku hanyut dalam sayu mengundang
Mulut mula mendodoi dondang sayang
Perkabaran kepada seorang teman yang lama ingin ku terbang
Rentak mula berdetik kencang
Lalui tiap memori hidup ku yang tidak tercanang
Mengundang dia yang yang sudah tidak sudi pandang
Menduga siapa wangi yang datang bertandang
Irama cemburu mula bersahut gilang
Darah muda panas mula menggoncang
Hentakan kaki mula membentak menghasut
Irama yang mula bermain dalam kabut
Petikan temulang yang mula rasa mahu tercabut
Dunia tak semestinya berlegar pada tempat paut
Pincang irama dan lagu mula melalut
Tenggelam dalam gejolak rasa ke laut
Hingga nota salah yang terpetik
Suara sudah letih memekik
Pendengar sudah sedia untuk tuli pelik
Tapi aku terus memainkan lagu diriku
Kerana itulah aku
Kerana itulah semangat
Kerana itulah hajat
Kerana itulah hasrat
Pada yang telah jemu meluat
Terimalah ini adalah hakikat
Rasa ku ini bukan dibuat-buat

Apa Lagi?

Kelam ku lihat di hujung pandang
Hujan yang masih tidak sedang-sedang
Sakit yang makin menjadi radang
Doa yang tak putus ku undang
Tak pernah ku jemu mengharap kau pulang
Membawa segala indah dan girang
Namun rasa yang sudah pergi tinggalkan sarang
Membuat aku rasa sendiri hiba kepalang
Sakit ini masih lagi berkarang
Letih yang meminta aku kenal pandang
Bahtera yang makin karam mengulang
Angkara nahkhoda yang terlampau naif bertelanjang

Apa lagi yang aku perlu laku
Atau sebenarnya sudah terhenti tahu
Percaya sudah lama terkubur kaku
Tidak dia sedar semuanya kerana kau yang aku perlu
Berlajarlah menerima segala ilmu
Dari hanya tahu tuduh melulu
Cinta segala insan tanpa henti seru
Kerana benci itu racun membunuh kalbu....


Tuesday, May 13, 2014

Merayu Duka

Pada tiap kesalahan
Pasti disudah dengan kesalan
Pada luka disetiap jalan
Hampa dihujung tiap perjalanan
Hujung hela nafas kenikmatan
Setelah sayu atas sebuah kehilangan
Merayu duka datang menjengah pandangan
Agar tidak bergembira pada satu episod kehidupan
Memamah dari dalam perlahan-lahan
Menunggu saat kunjung kematian
Bertemu tittik penghabisan
Bermula sebuah kesepian
Di alam yang berlainan

Datang lah wahai duka
Matikan semua rasa gembira
Dunia penuh permainan alpa
Sarap itu dianggap berguna
Dan yang nyata itu tong kosong tiada harga
Hampirlah wahai duka
Tak mahu lagi rasa gembira

Thursday, May 8, 2014

Kebumikan Aku

Wahai waris-warisku
Bila waktu nafas ini terputus
Waktu peluh sudah henti meletus
Jantung sudah tiada getus
Kebumikan aku tanpa tangguh
Usah biar tubuhku menunggu lenguh
Jangan tunggu yang mahu lihat dekat dan jauh
Kerana hidup ku ini telah ditarik sauh
Menunggu pelayaran yang tak berbaruh
Perjalanan yang belum tentu teduh

Kebumikan aku di tanah berhampiran
Walau aku ukan anak watan
Pintalah pada tuan yang berjawatan
Agar aku dapat disemadikan
Tanpa tunggu khalayak yang aku tak layak kenan
Mereka yang tak pernah kenal aku
Semua salah dutuduh melaku
Jangan terus seksa jasadku
Kebumikan aku segera laku