Sunday, October 26, 2014

Yang Pertama

Adakah aku yang terasa
Tiada yang terindah selaian yang pertama
Perjumpaan yang pertama
Penuh sopan dan tanda tanya
Malu-malu untuk mengangkat muka
Setiap tawa di tutup tangan
Dan ada kala kita diam tanpa kata
Lalu saling bersenyuman
Sebuah laku tanpa salah
Menghilang tadi punya resah
Kucupan pertama
Waktu dirimu sudah aku punya
Dunia seakan terdiam seketika
Laksana memerhati kita
Dan mengangkat doa
Waktu pertama kali tangan mu ku genggam
Berjalan beriringan
Tanpa lepas
Tanpa tertinggal
Menunjukkan pada segenap duani
Yang kau adalah milik ku

Dan sehingga semua ini membuat ku terjaga
Yang pertama sudah tiada
Tiada lagi perbualan diam
Tiada lagi laku tanpa salah
Tiada lagi sekeliling diam
Kerana kita gagal mula semula
Aku gagal mengetua
Dan kau.....tiadak pernah merasa kau gagal

Tangis Untuk Ku

Kau kerap tangisi
Bagi aku yang kau tak pernah ambil ketahui
Tangis yang aku tahu kenapa
Hanya sebab kau kecewa
Bila aku tak mampu sempurna
Atau bila aku mula mempersoal tentang yang ada

Tapi tangis kau pada mereka
Kerana simpati dan cinta
Dan aku terperosok di sudut hina
Hanya mampu lihat peluk cium semua
Itu yang mampu aku mampu jana
Aku penuh kecewa
Dan mereka penuh cinta

Aku redha segala
Bertungkus aku cuba
Tak kira waktu apa
Sakit dan segar segala
Aku tetap ada
Namun mereka
Wujud ada dalam tiada
Namun aku tiada hak bersuara
Kerana tiap ludah akan terpalik semula
Dan aku diam tak berbahasa
Biar diri dipijak dan dikata
Mungkin ini tujuan aku didunia
Menjadi pemijak untuk melonjak siapa yang aku cinta........................

Wednesday, October 22, 2014

Perjalanan Kenangan

Ini kisah dulu dulu
Waktu kau cantik di sisi ku
Ingatkah kau pada perjalnan itu?
Kau asyik pamir lesung pipit mu yang ayu
Tak pernah aku jemu
Rasa seperti mahu cubit-cubit pipi mu

Kita mula mengisi perus bas
Manusia bersesak berdas-das
Aku asyik panggil kau supaya lekas
Sambil jemari mu ku genggam bingkas
Biar kau dekat dengan bingkas

Bas mula menyusur lebuh raya
Kita senyap tanpa bicara
Hanya senyum yang tak putus ada
Lantas kau sandar pada bahu ku yang separuh sasa
Mata mu kau pejam lena
Laksana bidadari syurga
Mahu ku kucup bibir mu sahaja
Kau yang teramat aku cinta

Kini perjalanan makin jauh
Kau tetap bersandar pada bahu ku
Ku dapat rasakan nafas mu
Menghela penuh rahsia
Adkah kau sudah lena
Kerana aku buat-buat sahaja
Aku tak mahu kerana ku kau terjaga
Biar kau terus bersandar pada ku
Kerana disitu aku dapat rasa bahagia


Tuesday, October 21, 2014

Senyap

Diam
Aku  bilang diam
Tutur itu baik kau kemam
Kemam sampai demam
Deman sampai lebam
Lebam sampai legam
Jangan banyak ragam
Nanti timbul geram

Senyap
Aku bilang senyap
Rasa ini kau biar lenyap
Mahu salahkan ku setiap
Hati ini telah tersentap
Menaha sabar dalam gertab
Darah terbiar menyirap

Apa lagi aku boleh harap
Rasa yang tak bergarap
Takkan bersatu derap
Terjaga tapi lelap
Lambat laun ia lenyap
Baik kau senyap


Mula Semula

Bila roboh harapan kita
Kita berkeliaran mencari sisa
Kita mencari apa yang masih boleh diguna
Agar kita boleh mula membina
Hasrat kita untuk memula semula
Kita kebumi segala duka
Kita semai sekalian suka
Moga bercambah menjadi pepohon untuk kita berteduh seketika

Kita masih ada sesama kita
Untuk kita bina kembali harapan lama
Yang tertangguh kerana kita kurang peka
Terpisah kerana kita sibuk dunia
Hingga retak kita masih tak sedar ada
Hingga roboh apa yang kita sangka kita bina
Yang kita sangka dalam pura pura
Indah yang kita sangka rupanya mimpi buruk rupanya

Kini kita di dataran robohnya segala
Tukul keazaman telah kita bawa
Kita bina yang baru demi dia
Agar satu hari kita dapat lihat dia pula membina
Semua harapan yang kita tanam padanya
Namun kini masa untuk kita
Bina semua
Mula semula



Monday, October 20, 2014

Gemuruh

Wahai kamu
Andai dirimu masih belum tidur
Lelapkan lah mata
Kumpul tenaga
Kerana esok harimu penuh gemuruh
Pasti makan pun kau tak lalu
Aku tahu
Kau mahu aku ada disitu
Menemani mu
Tapi aku ternyata tak mampu laku
Hanya doa sahaja aku mampu
Dan tulisan ini yang merapu

Selamat maju jaya wahai kamu
Rebutlah peluang tanpa ragu
Jadilah diri kamu
Bukan jadi hamba melulu
Rezeki itu tuhan sudah tentu
Kita hanya perlu pilih mana yang betul seru

Gemuruh ini akan mengunjung mu esok
Jangan biar ia mengusai seluruh diri mu
Tenangkan fikiran kuatkan hati
Aku yakin pada kamu
Kerana kita adalah yang terbaik untuk segenap waktu

Sunday, October 19, 2014

Kita Pernah Bersuara - 20101947

Dari Alor Setar Ke Singapura
Ipoh ke Kuantan turut dilanda
Bila rakyat mula bersuara
Semuanya tergendala
Toko-toko tak diusaha buka
Jalan-jalan lengan umpama pontianak sudah tiba
Kilang-kilang henti bekerja
20101947 punya cerita
Sepuluh tahun sebelum istihar merdeka
Rakyat sudah lama celik peka
Tidak lagi mahu bersekongkol dengan mereka
Mereka yang merobek kekayaan negara
Mengaut untung tika rakyat merana

20101947 kini hilang dalam lipatan
67 tahun hilang tanpa kesan
Bukan mengungkit tak mengenang pengorbanan
Hanya menyingkap sebuah cerita kebenaran
Menunjukkan kuasa rakyat yang marhaen
Mengingkar para bangsawan
Henti kerja diisitihar sebagai tentangan
Tentangan yang menumpas keganasan
Menjuarakan kesamarataan

Dulu kita pernah bersuara
Menuntut apa yang dirasa perlu diutara
Walau semua usaha dipasung mereka
Kini kita dimasa semasa
Masa untung digembeling segala usaha
Melihat apa yang terbaik untuk kita
Takkala kiri dan kanan mula lemas dengan kaya
Kita cuma ada sesama kita..............

Mengenang 20 October 1947....bila kita bersuara

Friday, October 17, 2014

Human

Baru Kini

Baru kini aku mampu menulis
Setelah ku tahu hati ini tidak kalis
Selepas melihat kau menangis
Dan aku hanya sekaku wajah bengis
Melihat tanpa persis
Mendengar tanpa hakis

Aku tiada untuk mu hari itu
Bukannya aku tak mahu
Cuma aku tak mampu
Cinta ku terhalang tanpa setuju
Tak mahu keruh menjadi gelap bertalu
Biarlah aku dari kejauhan lalu
Melihat kau tersenyum girang
Bersama teman yang kau sayang
Melihat kau menangis kerana tak ikut larang
Hati ini meronta bukan kepalang
Mahu sahaja aku memeluk mu erat ruang
Kucup pipi dan dahi
Tapi aku sedar siapa diri
Akulah hitam dalam hidup mu
Harus kau buang perlu
Aku akan membawa malu
Biarlah kau tak kenal diriku
Asal kau gembira bersama dia.....dia yang bukan aku

Hari Ku Tanpa Mu

Hari kini berlalu hari
Kau tiada muncul lagi
Berharap masih bersarang dalam hati
Menanti kau sapa kembali
Seperti yang pernah aku lalui
Ku karang bacaan hati
Namun aku padam sekali lagi
Tak mahu kau terganggu henti
Biar rindu ini aku tanggung sendiri
Bersama kenagna dan memori
Waktu aku kau nanti-nanti

Adakah ada peluang lagi
Untuk hati ini berbunga sendiri
Berkelopak cantik mewangi
Wangi seperti diri mu wahai sang puteri
Adakah kau membaca nukilan ini aku pun tak pasti
Jika ya, ketahuilah aku amat merindui
Mulanya aku disini kerana dirimu yang aku ingini
Meyuntik semangat untuk tidak bergagal lagi
Dan setelah ratusan aku masih disini
Menulis tentang betapa laranya hati ini
Setelah kau hanya bayangan mimpi
Yang aku ketemu hanya sekali

Monday, October 13, 2014

Manusia Separa Raksaksa

Separuh ku dalam gemalai
Bercakap dengan longlai
Bergerak penuh lanai
Membuat ramai biar abai
Kerana aku yang separuh ini tak bisa capai
Dengan hanya baik dibalik tirai

Separuh ku lagi kasar dan bengis
Tempikannya bisa buat sekalian tangis
Mata merah laksana saga
Jegilan mata laksana menyinga
Ramai yang memberi laluan segera
Tiada lagi tolak berangkuh puja
Kerana aku manusia separa raksaksa
Wujud tak siapa boleh duga
Muncul ini syurga atau neraka
Musnah atau bina
Rakyat atau raja

Aku manusia separa raksaksa
Tak lambung dipuja
Tak mati dihina
Dalam kelam ada cahaya
Sebalik hodoh ada rupa
Ikut rasa untuk binasa
Pacu hati untuk melara
Tangan aku akan membina
Dan telapak kaki ini juga akan membinasa
Jangan kalian pernah lupa
Aku juga raksaksa separa manusia........

Sunday, October 12, 2014

Ugut Rasa

Kau rasa kau boleh jerut aku?
Jadi hamba jadi pemangsa laku
Memang hati ku laksana kekaca kalkatu
Rapuh dan mudah meragu
Perasaan ini bukan untuk kau cengkam salur nafasnya
Rasa ini bukan untuk kau ugut segala paksa
Aku mengerti dalam tak mengerti rasa
Adakah ini cara kau mencinta
Jadikan hati ku tebusan tanpa masa
Tiap detik memikir untuk melupa
Tetapi yang hadir hanya curiga

Lepaskan aku dari rasa ini
Akan ku terus hidup ini hingga tiba mati
Biar seorang biar sendiri
Apa yang tinggal lagi?
Hanya sekeping hati
Yang tak terdaya melawan tinggi
Meranduk pada kekeruhan sendiri
Berpeluh pada sinar mentari kelu tari
Alihkan muncung dari rasa ini
Jangan kau ugut tarik picunya
Biar hanya jasad ku sahaja mati
Rasa ini akan bertebaran abadi
Bebas dari kokongan nadi
Rasa ini abadi
Setelah kau perlaku umpama abdi
Lepaskan aku...dan aku akan lepaskan kau tanpa dengki

Friday, October 10, 2014

Hamba Nafsi

Di lihat keji
Diludah laksana tiada hati
Harap terperosok menunggu mati
Kerana kau hanya hamba nafsi
Melampias gila tanda akli
Walau tersumbat segala nadi
Kau memang tak ambil peduli
Mintak dan mintak lagi
Berharap mempunyai seperti dulu dan kini
Susah-sudahla memikul mimpi
Lambat laun kau akan terjaga nanti
Baru kau tahu langit rendah dan tinggi
Tersentak dalam tangis peri
"Aku tak akan peduli"
"Biarllah jadi hamba nafsi"
"Asalkan tak hidup dalam hipokrasi"

Tuesday, October 7, 2014

Benci

Benci
Mengajar kita tinggi diri
Melihat dari tanah tinggi
Tanpa rasa tanah di kaki

Benci
Bila kita sanggup putus dua ikatan nadi
Terjalin seperti saranan Nabi
Bila habis tiga hari
Kau bukan dari lingkunganNya lagi

Benci
Bila kita enggan terima apa yang tak diketahui
Menjauh dari apa yang tak selesa rasmi
Semua mahu dibasmi
Kerana mereka tidak lahir seperti mana kita jadi

Benci
Bila kemaafan gagal fungsi
Kasih tidak menjadi
Tidak acuh mula melingkari
Membusuk sekala peranan hari

Benci...racun merosak tanpa sedari

Sejati Simpati

Berlalu sudah dengan perlbagai cerita
Jatuh bangun bersama
Kau lah tangan tika aku rebah tak terdaya
Kaki tika aku lemah tak bermaya
Aku yang terbaik pernah kau ada
Dan kau adalah segala yang pernah aku pinta

Kau adalah yang sejati buat ku
Menjadikan aku lebih baik dari dulu
Aku laksana terbang di awan biru
Waktu kau ingatkan aku setiap lima waktu
Membaca munajat sebelum beradu
Membuat hati aku seakan terpaku
Jelitanya kau pada mata ku
Membuang segala ragu
Ingin aku mula semula dengan mu
Kau lah yang sejati pada ku

Namun tanggapan itu berdua hala
Pada mu  aku hanya musafir menumpang kala
Simpati itu utama cinta
Tiada yang lebih kira
Hanya kasihan semata
Tiap kata-kata cinta
Hanya untuk aku berasa terima
Sebelum aku membuka kembara
Mencari pedoman yang belum tentu duka

Jika ku tahu di ketika awal
Lebih baik kau robek sahaja hatiku tanpa kawal
Biar membuak segala darah merahku
Bersama hatiku yang kini berderai lesu
Kenapa kau buat bergitu
Mahu kau hapus senyum dibibirku
Atau melihat tangis hangat mengalir deru
Aku tidak paham lagu mu
Mungkin sudah masa musafir permisi dahulu

Sunday, October 5, 2014

Kamu Bayang Bayang

Inikah realiti?
Memaksa aku bermimpi
Tentang diri mu itu dan ini
Walau datang mu aku sedari
Tutur mu aku mengerti
Aku faham serba serbi
Hidup mu masih panjang lagi
Jangan dihabiskan pada ku si busuk tahi

Hadir mu hanya bayang bayang
Jadikan ku mabuk kepayang
Telah ku tuturkan beribu sayang
Balas mu kita hanya merancang
Buruk baik tiba tanpa dirancang

Hadir mu hanya bayang bayang
Susuk mu tak mampu aku pegang
Bibir mu tak daya ku pulas remang
Tak tersentuh pipi dan seludang
Hanya terdengar tawa riang
Murung ku kau jemput undang
Apa lagi yang ku harap pulang
Dari susuk umpama bayang bayang
Tiada rupa terpandang
Hanya hati sepi yang tuntut terbang

Friday, October 3, 2014

Lima

Buku yang menggugurkan gigi-gigi
Menjaga keselamatan diri
Ada juga sebang hati menjadi iri

Kaki tempat berkejaran
Juga tempat mengambil ujian
Diam...biar mereka sendiri lakukan

Sekawan sedarah seguru
Tiada tolok banding seteru
Namun berakhir dengan amukkan yang menderu
Angkara derhaka dan setia lulu

Batang-batang temulang yang memegang
Satu menunjuk, yang tiga berbalik pandang
Ibu yag menjadi tunjang
Biar yang lain berfungsi senang

Waktu yang datang berlaung
Detik pertemuan dengan Sang Pecipta Agung
Nafsu dan imarah dilawan tarung
Agar kusyuk menjadi nikmat yang tak terbendung

FORFEIT and COMPASSION

Perasaan Bertelanjang

Degil...buat lagi
Kau biar perasaan mu terbiar pergi
Pergi membiar semua terpampang setiap segi
Untuk dikecewakan sekali lagi
Membiar perasaan seumpama tahi
Bergelumang dengan perasaan cinta yang tak bertepi
Mendedah untuk disakiti
Disakiti berkali-kali
Parut dalam tertembus kembali
Cuba kau guna akal kau kali ini
Setiap yang bertelanjang tidak akan mampu lari
Tutup sedikit untuk kau ambil sendiri
Agar kecewa tak biar kau terduduk sepi
Mungkin kau suka sakit barangkali
Suka pada yang luar tabii
Suka pada yang tak ikut norma akli

Teruskan berperasan telanjang
Biar datang setiap bajang
Biar kau di anggap jalang
Melacur rasa memanjang
Rela tanggung sakit memanjang
Menunggu hari yang masih panjang
Tak pasti pada esok mendatang
Sudah hidup jangan alang-alang
Biarlah bertelanjang
Asalkan jangan hidup hanya memandang

JALANG

Thursday, October 2, 2014

Ini Maafku

Maafkan aku
Bila aku kini membisu
Maafkan aku
Jika aku tiada untukmu
Maafkan aku
Pudar aku tiada seru
Maafkan aku
Berlalu dengan malu
Maafkan aku
Jika aku janji untuk tunggu
Maafkan aku
Tak patut aku membeban dirimu
Maafkan aku
Noktah ini aku putus laku
Maafkan aku
Aku terpaksa berlalu dulu
Maafkan aku
Tak tertahan beban bertalu

Setiap baris ada noktahnya
Dan kini ia tiba untuk kita
Aku tak layak untuk meminta ini dan itu
Hidup mu baru bermula dan aku telah berlalu
Moga disyurga kita bertemu

Kirimkan Hatimu

Tiada lain yang aku mahu
Selain sebentuk hatimu
Kan ku jaga setiap perlu
Kan ku hias secantik musim salju
Biar ia dekat dengan ku
Sebgai penawar rindu
Walau diam mu beribu batu

Kirimkan aku hatimu
Walau jasad mu tak mampu aku dakap selalu
Ingatan ini akan terus kekal tanpa lalu
Biar yang lain menjadi seteru
Datang cuba meregang kalbu
Aku akan terus utuh laksana kubu
Hatimu menjadi azimat laksana tugu
Dalam melayari hidup yang penuh lagu
Lagu yang mengusik jiwa ragu