Monday, August 31, 2015

Mengapa Kau Begini

Ayat pun sudah tiada lembut
Seperti aku sudah henti wujud
Kewujudan yang kau anggap kecut
Kosong seisi perut
Tiap bait mu menjerut
Hati ku yang sudah lama berparut
Menikam tiap ruang hati yang telah ku kosongkan
Kosongkan untuk diam diri mu yang ku idam
Kini tiapnya ku pendam

Pandanglah mata ku
Lihatlah cinta ku
Yang masih berkobar untuk mu
Walau kau berikan dingin dingin bahu
Cinta ini tak akan berkali jemu
Namun kau yang berubah temu
Hati mula sejuk beku

Kau pernah goncangkan hati ku
Hingga kini tak henti getarnya
Walau kau mungkin sudah berubah hati
Aku masih disini
Mengimbau sisa yng pernah kita hadapi
Kesempurnaan cinta yang kusangka kekal abadi
Namun berakhir tanpa henti
Bila hati kau sudah sebergini

Thursday, August 13, 2015

Sebuah Cinta Yang Tumpas

Bila diingat yang lepas
Diri mu terbias lekas
Sebuah cinta yang tumpas
Dusta yang berbekas
Rajuk yang lemas
Caci yang pedas
Maki yang berdas
Terluah keras
Pada dinding dingin yang tersusun kemas

Tak terdaya untuk kembali ke titik itu
Satu rasa yang tak lagi ingin tahu
Tika dia tak muncul ikut waktu
Dan kau tak lagi mampu
Untuk bina tiang tiang ampu
Dimamah anai anai tipu yang kau lepaskan dulu

Kini dia jauh dari pelukan mu
Kini di dakap pencari cinta yang dia perlu
Kau....masih yakin pada sebuah cinta yang kau rasa
Rasa yang kau bina dari dunia loka dalam kepala
Kau adalah sebuah cinta yang tumpas
Tumpas kerana diri mu yang hampas
Bahagia mu kini dirampas
Turunkan maruah mu aras demi aras
Kerana adat orang tumpas
Melututnya perlu tanpa was was

Saturday, August 8, 2015

Rintih Kata

Tiada terlupa saat
Dalam kerinduan yang tersiat
Diri mu yang damba amat
Sebuah cinta yang tak mampu dihajat
Walau terucap kerap dan giat
Diamlah seribu bahasa
Aku tetap akan menerima baca
Tiap kata mu aku tunggu duga
Untuk rangkap seterusnya
Untuk rindu yang semakin membara
Inilah rintih kata
Bagi diri mu yang teristimewa
Biarlah apa yang dikata
Dirimu.....aku cinta selamanya