Saturday, November 29, 2014

Caits Meissner - Facing Wind [with Dunce Apprentice & Maya Azucena]

Mitos

Pengulangan kekecewaan
Selepas secubit kegembiraan
Letih menggapai awan
Tak cukup tinggi aku pijak dahan-dahan
Dahan-dahan rapuh yang tak mampu bertahan
Datang turun hujan
Menebalkan lagi kesusahan
Ramai bersorak sakan
Menunggu aku jatuh kesedihan
Itulah kita kita wahai perasaan
Mitos pengciptaan

Kita kata kita bahagia
Tapi kita tak bertegur sapa
Kita kata kita cinta
Tapi kita berdusta
Kita kata kita sayang
Tapi kita saling wujud seperti bayang-bayang
Kita kata kita setia
Tapi kita tidak menjiwa rasa

Hidup kita ini adalah pengulangan
Rutin yang tak boleh putus rantaian
Bila harapan tinggal kenangan
Jadilah ia mitos yang kita ciptakan
Hentikan segala kesengsaraan
Kau dan aku.....kini terpesong kejauhan

Saturday, November 22, 2014

Satu

Diam
Kemam
Haram
Siram
Berjam
Dalam
Seram
Muram
Suram
Legam
Terkam
Malam

Apa Sebenarnya

Hari yang kian berlalu
Tidak selari dengan ingatan ku pada mu
Masu kuat menyeru
Masih utuh berlagu
Walau kau seperti sudah henti tunggu
Dan aku sudah seperti henti lalu

Apa sebenarnya berlaku
Adakah aku yang sudah tak seperti dahulu?
Atau kau yang memang sudah tiada bersama ku?
Tinggal hanya jasad berbayang kelabu
Mungkin aku sudah berjaya melupakan mu
Namun dalam tak kesedaran tahu
Aku telah membunuh separuh jiwa ku

Apa yang sebenarnya berlaku?
Aku tak akan sepenuhnya tahu........................

Saturday, November 15, 2014

Bermula Dengan Kosong

Bermula dengan kosong
Aku mencintaimu dengan lohong
Melawan dugaan dalam mengharung
Akal sebanyak telah aku sarung
Walau kilat ragu benci sabung menyabung
Segala putus cuba ku sambung
Seteru ku bunuh tarung
Namun kau masih berdiri di hujung
Memamah hati ku yang mula berluka hurung
Dan aku bermula dengan kosong
Tak ada yang aku harus dapat selain untung

Dah masa menuruti waktu
Tibalah pada saat kini kau dan aku
Masih pada paras kosong bukan satu
Kita masih gagal memecah buntu
Masih gagal matikan ragu
Dan kala ombak besar mula menghempas
Kau dan aku lemas
Kucupan terenggang lepas
Kerana dakapan kita tidak pernah kemas
Aku bermula dengan kosong
Kerana semuanyanya telah ku beri padamu untuk dihitung

Thursday, November 13, 2014

Pelacur Muzik

Kehidupan

Hiasan hidupan-hidupan
Melalai dan melupakan
Itulah kehidupan yang ramai idam-idamkan
Kaya membilang nota-nota wang yang bertaburan
Miskin mencongak syiling-syiling dikocek kehidupan
Rompakan dalam terang kesiangan
Pemberian harus dihias pancaran lensa pujian
Kemanusian diberi mengharap pulangan
Ikhlas menjadi sebuah kepupusan
Inikah nilai sebuah kehidupan?
Semuanya mesti beserta suapan

Kita menjadi saksi kota-kota yang dalam kemusnahan
Angkara fahaman yang berbeza tulisan
Akibat kata yang berbeza lisan
Membola menjadi iri dan kebencian
Berakhir dengan pembunuhan
Semata mengisi kehidupan yang lebih dominan
Atas alasan sebuah impian
Bakal menyedarkan kita bila ini semua sudah keletihan
Mula sedar ini bukan apa yang kita mahukan
Kemusnahan sebuah kehidupan
Yang kita sangka berada tepat pada landasan
Rupanya adalah mainan seruling syaitan




Wednesday, November 12, 2014

Falling Slowly





I don't know you

But I want you

All the more for that

Words fall through me

And always fool me

And I can't react

And games that never amount

To more than they're meant

Will play themselves out



Take this sinking boat and point it home

We've still got time

Raise your hopeful voice you have a choice

You'll make it now



Falling slowly, eyes that know me

And I can't go back

Moods that take me and erase me

And I'm painted black

You have suffered enough

And warred with yourself

It's time that you won



Take this sinking boat and point it home

We've still got time

Raise your hopeful voice you have a choice



You've made it now

Falling slowly sing your melody

I'll sing along

Bintang Hilang

Hamparan langit kelam
Dan aku hanyalan debu berterbangan pada malam
Kerdipan malap pada dada gelap
Bintang yang tak mampu lagi digilap
Sesat menyinar dalam hilang
Dulunya kau puja peluk pegang
Kau kucup dakap sayang
Kini terbiar berterbang
Hingga sesat  tak tahu pulang

Aku bintang yang hilang
Terapung dalam curiga terawang
Pada sudut angkasa yang bersawang
Mencari erti yang tak mengerti
Meneliti halus dalam seni
Angkasa yang gelap walau dengan sinar mentari
Jeritan pekik tak berbunyi
Meronta agar kau dongak dan memerhati
Berpaling dari kejora yang kau hajati
Beralih dari kerdipan yang memukau kau pada hati

Bintang hilang yang membawa diri
Pada sudut tersunyi pada sekian galaksi
Jauh dari sinar mentari
Jauh dari segala eksplorasi
Dan mungkin di suatu malam yang tiada erti
Aku akan gugur menyemat hati mu nanti
Namum tika ini
Biarkan aku hilang tiada ganti
Bintang hilang yang tiada penghuni

Monday, November 10, 2014

Tak Ku Hirau

Tak ku hirau lagi tentang kamu
Pura-pura kasih pada ku
Kesunyian ini memang telah ku cipta selalu
Menjadi tempat aku hilang tiada bertemu
Tak ku hirau lagi tentang kamu
Pergilah...dan aku tak akan kejar walau sesuku batu
Janji mu....biarlah jadi tinja yang memual bau
Aku lebih senang dengan hidup mencengkam kuku
Sambil mengangkat tinggi gelas minum ku
Aku ucapkan selamat jalan untuk mu
Aku dah tak hirau segala laku
Moga dapat apa yang kau buru

Saturday, November 8, 2014

(OFISIAL) Tenangkan Bontot Anda

Senyum Bermakna

Bibirmu bergincu merah menyala
Dari jauh sedah aku nampak duga
Dengan kemeja kotak kegemaran yang kau suka
Kau melangkah menuju aku yang sedang menunggu masa
Dan senyuman mu
Lesung pipit mu
Senyuman mata
Membuat kepekatan diriku mula longgar lesu
Cair sekitap ego yag sedang membusuk lalu
Hilang segala masalah tika mata ku menjamah diri mu
Diri mu makin dekat
Senyum mu kian jelas aku lihat
Diri ku makin hilang pekat
Dan kau bersuara tersekat-sekat
"Kita terpaksa berpisah wahai kamu"
"Mak kita tak suka wahai kanu"
Tak ku sangka rahang ku cecah ke lantai kelu
Dan ku seret biar luka dagu
Bodoh punya aku

Friday, November 7, 2014

Keadaan Ini Tak Mampu

Walau aku tak bisa melawan
Tapi aku biasa bertahan
Mencengkam pada tanah kurniaan
Ku peluk tiap dahan kesetiaan
Pada pohon cinta dan kesayangan
Andai aku tetap jatuh ke gaung kemarahan
Kan ku jelmakan sayap dari harapan
Moga aku kembali ke tebing membawa kemaafan
Sedarlah wahai keadaan
Kau tak akan menang dalam berawanan
Kerana aku cinta mereka sekalian

Kenapa Kita?

Kenapa kita
Semuanya umpama terhenti jana
Tiada kata
Henti rasa
Putus damba
Sekat cinta
Jika ini apa yang kau pinta
Jika ini ketentuannya
Aku redha
Kerana aku selemah karya
Hanya hidup menusah sahaja
Jaga diri mu sebaiknya
Aku akan berhenti nyawa.....

Thursday, November 6, 2014

Menulis

Aku menulis
Bukan untuk beri tahu perasaan aku pada mu
Aku menulis
Bukan kerana mahu memikat hati mu yang sejuk beku
Aku menulis
Bukan untuk luahkan segala yang terbuku
Aku menulis
Kerana aku mahu letak segala keburukan
Keburukan yang tak daya aku pulihkan
Pada sebuah ruang sunyi yang tiada siapa akan perasan

Teman Lama

Hanya kau yang setia
Wahai teman yang sekian lama
Namun malam ini aku biar kau sahaja
Aku perlu waras dalam kata
Kerana aku mahu berkata pada dia
Kau tak seperti dia
Kau teman aku sepajang masa
Waktu suka dan dua
Mari aku hirup dari bibir mu yang tipis
Dan merangkul pinggang mu yang ramping tiris
Penawar keemasan itu aku hirup tiap titis
Membawa aku pada tanah yang tiada prejudis
Hanya kau dan aku selamanya
Teman yang orang lain tidak faham asalnya....

Tusuk

Tak Sengaja
Bukannya aku suka
Tikaman ini tak sampai pun suku membenam luka
Ku tarik semula
Kerana ku sedar ini salah caranya
Tetapi kau mudah ludah tepat ke muka
Mengata aku khianat tak kenal kasta
Kata yang bertukar hina
Hina yang membusuk nista
Tiada kemaafan peluang kedua
Kalau ku tahu ini jadinya
Biar aku tusuk mendalam......biar terhenti segala kata

Monday, November 3, 2014

Penjelasan Untuk Ayah

Waktu ayah sedang nazak
Aku tak mampu bisikkan syahadah ke telinga mu
Waktu mereka mengerumuni jasad mu ayah
Aku berdiri jauh dari baring mu
Melihat sambil tangan menggenggam
Geram kerana seumur hidup mu
Aku memandang mu dengan lewa
Melayan mu dengan leka
Hanya azan yang aku mampu laungkan
Kerana aku tahu kau suka akan suara azan

Waktu mereka sibuk memandikan jasadmu
Aku lihat sahaja
Kerana tika hayatmu aku tak pernah menjirus air ke tubuh mu
Sibuk dengan hal diri mu
Tinggalkan kau penuh harap
Aku yag tak ada untukmu dengan kerap

Tika tubuhmu mereka kafankan
Aku pergi makin jauh-jauh
Kerana dulu pakai mu tak pernah aku jaga
Semua hal aku buat ikut suka
Waktu kau jerih sakit
Aku tinggi suara dan tempik
Cakap tak pernah berlapik
Walau ku tahu hati mu sakit

Dan mereka sibuk kucup dahi mu
Aku masih berdiri dalam ego yang bertalu
Apa bezanya kalau yang aku kucup itu hanya jasad kaku mu
Bila dulu bibir ini tak pernah singgah pun ke dahi mu
Aku tak layak untuk beri itu semua itu pada jasad mu kini

Aku tak pinta kemaafan dari mu ayah
Kerana aku tak layak untuk kasih mu
Aku tak layak untuk cinta mu
Aku yang sering mengecewa setiap harapan mu
Dan makam mu masih tak aku kunjungi
Kerana aku tak layak untuk diri mu ayah setelah diri mu pergi